Syarikat Science Maths Excellence Solutions atau ringkasnya SMES telah ditubuhkan pada bulan Januari 2013 oleh dua rakan karib dari Malaysia; Che Man dan Abg Edy. Mereka merupakan pakar dalam motivasi dan kaedah-kaedah baru matematik yang telah aktif bertapak di Malaysia sejak tahun 2005.
Matematik merupakan tunjang ilmu dan sifir pula ialah kunci matematik, akan tetapi hakikatnya masih ramai lagi pelajar yang lemah dan benci kepada subjek ini tidak kira umur, jantina, bangsa dan agama. Atas kesedaran inilah Che Man dan Abg Edy telah menubuhkan syarikat SMES dalam usaha untuk membantu para pelajar mengubah persepsi negatif terhadap matematik dan insyaallah bukan sahaja dapat menguasai subjek tersebut malah akan seronok dan suka dengannya.
VISI
- Membina individu yang menguasai tunjang ilmu untuk kesejahteraan ummah
MISI
- Menjadikan syarikat ini pemangkin kepada formula-formula matematik yang berinovasi
- Melahirkan individu yang memahami dan menguasai ilmu matematik berdasarkan kaedah ilmuan Islam
OBJEKTIF
- Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan harian
- Mengembangkan ilmu matematik yang sedia ada dan melahirkan ramai lagi ilmuan Islam yang dapat menghasilkan formula-formula baru yang bermanfaat
TAGLINE – S.U.C.I
STUDY - Gain Knowledge
USE - Apply Knowledge
CONTRIBUTE
- Share
Knowledge
INVENT - Create
Knowledge

No comments:
Post a Comment